JOHOR BAHRU, 20 DIS: Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.
KUALA LUMPUR, 16 DIS: Banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala di Johor jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 36 orang, setakat petang ini.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Situasi banjir di Perak, Johor dan Terengganu beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan malam ini manakala di Pahang merekodkan peningkatan.
KUALA LUMPUR 7 DIS: Situasi banjir di Kelantan dan Kedah terus menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan mendadak jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu petang ini, selain bencana itu dilaporkan pulih di Pahang hari ini.
KUALA LUMPUR, 6 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Kedah dan Terengganu terus menunjukkan trend penurunan setakat pagi ini manakala di Johor, Perak, Melaka dan Pahang tidak berubah.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri terjejas semakin menurun pagi ini kepada 94,636 orang berbanding 99,823 orang malam tadi, manakala angka kematian akibat banjir yang telah dilaporkan kekal pada tujuh orang.
KUALA LUMPUR, 29 NOV: Tentera Darat Malaysia (TDM) bersedia menambah kekuatan pegawai dan anggota dalam operasi menyelamat sekiranya bencana banjir di beberapa negeri susulan Monsun Timur Laut ketika ini bertambah buruk.
KOTA BHARU, 29 NOV: Bimbang air sungai melimpah dan menyebabkan pusat bandar Kota Bharu lumpuh, penduduk di sini sanggup bersengkang mata memantau paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini.
KUALA LUMPUR, 28 NOV: Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
KUALA TERENGGANU, 28 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.
KUALA LUMPUR, 28 NOV: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.
SHAH ALAM, 25 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya sehingga 6 petang ini.
KUALA LUMPUR, 25 NOV: Situasi banjir di Terengganu, Johor dan Kelantan tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 8 pagi tadi dengan jumlah mangsa kekal 171 orang.
SHAH ALAM, 24 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Situasi banjir di Terengganu, Melaka dan Johor tidak menunjukkan banyak perubahan, manakala jumlah penduduk terjejas di Kelantan meningkat setakat pagi ini.
KOTA BHARU, 24 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di Kelantan dengan kawasan rendah di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air.
KUALA TERENGGANU, 21 NOV: Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,581 orang malam tadi.
KUALA TERENGGANU, 20 NOV: Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah meningkat kepada 2,765 orang setakat 8 pagi ini berbanding 212 orang, malam tadi.
PASIR MAS, 14 NOV: Rata-rata penduduk di sekitar Rantau Panjang dilihat mula membuat persiapan rapi, mengambil langkah awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula sejak 5 Nov lepas.
TUMPAT, 9 NOV: Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.